Saturday, December 6, 2008

Selamat menyambut Aidil Adha

Selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua.

Monday, December 1, 2008

Sedih

Sedih mengenangkan nasib yg menimpa mangsa banjir, yg tersekat d perjalanan, kehilangan orang tersayang akibat lemas. Juga sedih mengenangkan nasib kak sah yg bergelut dgn kerja dan air yg melimpah ke dlm rumah. Sedih mendgr kisah kejadian tanah runtuh yg melibatkan kematian. Sedih kejadian d mumbai yg akhirnya pasti islam akan d persalahkan. Sedih dgr cerita cgu rashid terlepas peluang keemasan. Cuba lagi cgu rashid.

Friday, November 28, 2008

Empat serangkai

Beginilah pemandangan semasa balik kampung minggu lepas. Empat hero yang dalam pantang kerana bersunat. Dengan kain tergantung dan pergerakan yang terhad. Tapi sempat lagi tu memberikan posing yang menarik. Makan minum pun kena pantang, yang boleh cuma nasi dan ikan kering panggang, sarapan pula dengan lempeng aje. Tapi ada juga menu menarik spt ikan haruan dan belut panggang. Sabar aje la....

Dari kiri: aiman, afnan, naim dan danial.

Wednesday, November 19, 2008

tengkujuh makin hampir

Hari ni, walaupun hujan tidak sepanjang hari namun sudah menunjukkan yang musim tengkujuh sudah tiba. Hujan yang berterusan hasil dari monsun timur laut ni membawa pelbagai pengertian kepada sesiapa sahaja. Bagi penoreh, mungkin ia akan menyempitkan rezeki mereka. Sebenarnya tidak sempit pun kerana Allah telah menjanjikan bagi setiap orang itu jumlah rezeki yang mereka akan dapat selagi hidup dan telah tertulis lama di luh mahfuz. Wajib kita percaya kerana usaha lah sekuat mana pun kalau bukan rezeki kita, kita tidak akan dapat.

Bagi kanak-kanak, musim tengkujuh bermakna cuti yang panjang dan boleh enjoy dan tidur puas2. Tapi ada juga yang nampak tak berapa gembira. Maklumlah terpaksa berpantang kerana anunya telah dipotong( berkhatan) oleh tok mudim/doktor. Anak sedara aku seramai empat orang pun mengalami nasib yang sama. Sabar je lah, kalau tidak sekarang, lain masa pun terpaksa melaluinya juga.

Bagi yang rumahnya biasa dinaiki air, sekali lagi terpaksa bersedia mengangkat barang dan berkemas. Tapi jgn lupa kerana kawasan yang tidak pernah dinaiki air pun sekarang ni boleh berlaku banjir. Semua kena beringat-ingat.

Bagi penggemar ikan darat, inilah masanya untuk menunjukkan kemahiran menangkap ikan samada di baruh. parit atau sungai yang dilimpahi air. Ada yang menahan taut, pukat, menetak atau menjala. Bagi yang suka belut, tukir la yang akan digunakan. Hari ni aku diberitahu harga ikan haruan dipasaran cukup tinggi. RM 12 sekilo. Maklumlah permintaan tinggi sebagai ubat penyembuh luka.

Ramai juga beranggapan musim banjir ni adalah musim untuk bersuka ria bermain air. Tapi ingatlah bahaya yang menunggu. Kerana setiap kali musim ini datang pasti ada yang menjadi korban. Berhati-hatilah terutama kanak-kanak yang suka mandi di parit dan sungai.

Hati-hati juga dijalan raya kerana jalan yang berlopak dan licin boleh mengundang bahaya sebagaimana kemalangan yang menimpa rakan sejawat pada tahun lepas di lebuh raya Gua Musang - Kuala Krai(enam sekeluarga maut) kalau tak silap. Musim cuti bermakna ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk balik kampung atau sebagainya.

Biarlah musim tengkujuh kali ini hanya meninggalkan kenangan yang manis sahaja, Insyaallah.

Tuesday, November 18, 2008

Pemancing...

Tewasnya ikan duke' d tangan anak sedara (iwe).
Team : Pok daro ngan anak daro
Hasil malam tu : hanya seekor.
Lokasi : Penkalan pasir,kok majid
Pemancing : enam orang.
Pengangkutan : dua buah kereta.
Bekalan : Air oren kelate sedozen dan kacang.
On the way balik : Makan maggi kat kedai.
Rumusan : Langsung tak berbaloi
Motivasi : Jgn frust, Itu pun rezeki dari Allah.
lain kali mungkin ada lebih ikan, Insyaallah.

Jelingan ayah

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika akumembuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itusemula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.