Monday, February 8, 2010

Kenangan di Chalet Tok wan ......

Facebook punya pukulan...

Hari ni facebook dah jadi satu fenomena baru dikalangan remaja dan sesiapa yang celik it dan menjadi medan untuk bertanya khabar dan mencari kawan2 lama serta memulakan tali silaturrahim dan seterusnya... Aku pun turut sama terpengaruh dan rupanya betul, dgn FB ni ramai kawan lama dapat dihubungi dan menyegarkan balik tali persahabatan yang telah pudar akibat daripada kesibukan harian dan pelbagai komitmen. Namun ada juga yang masih setia dgn blog sebagaimana raja blog SMK Pahi iaitu cgu Rashid. Apa medan yang digunaklan tidak menjadi masalah asalkan tidak melampaui batasan.... Salam untuk blogger semua.

Sunday, January 31, 2010

lamanya masa


Sekali berhari raya di SMK Pahi... Cerianya suasana

Tuesday, October 20, 2009

selamat kembali sekali lagi




Insyaallah akan kembali lagi.

Friday, July 24, 2009

LDP KALI KE 3 YANG MERIAH

Hari ni sekali lagi SMK Pahi mengadakan kursus ict dengan pengisian power point dan blog utk guru2. Suasana cukup meriah dengan banyak benda2 baru berkaitan dengan blog ditunjukkan oleh Cgu Rashid yang saya anggap sifu besar dalam bidang ini. Contoh blog Cgu Julia yang dipaparkan cukup untuk mengundang suara2 yang nakal dari guru2 yang sudah sedia maklum akan kenakalannya. Ramai juga yg saya tgk menyalin alamat blog sangsuriapagi, mungkin ada yang mahu bertukar2 pendapat atau ilham. Sebenarnya agenda utama hari ini dah berjaya, iaitu mengupdate blog aku yang dah lama tertidurrrrrrr. tq.

Monday, March 23, 2009

sambung cerita.....

lama betul tak menulis dan update blog ni, puas kena kutuk sampai password pun hampir lupa. Jadi hari ni ada sikit pesan pada semua blogger, AKU DAH KEMBALI....

Monday, January 12, 2009

KWSP VS PENCEN

Apa sebenarnya rasional yg membolehkan mrk yg memilih skim kwsp bertukar ke skim pencen. Sedangkan perkara ini sudah lama wujud. Apa kelebihan dan kekurangan kedua2 skim ini kerana apa yg aku tahu ramai yg ingin bertukar dari kwsp ke pencen. Apa sebabnya. (lintas langsung dari Atos@xpress music, Balai Islam, Kota Bharu/) *tgh tunggu org rumah selesaikan pertukaran skim la ni.