Wednesday, November 19, 2008

tengkujuh makin hampir

Hari ni, walaupun hujan tidak sepanjang hari namun sudah menunjukkan yang musim tengkujuh sudah tiba. Hujan yang berterusan hasil dari monsun timur laut ni membawa pelbagai pengertian kepada sesiapa sahaja. Bagi penoreh, mungkin ia akan menyempitkan rezeki mereka. Sebenarnya tidak sempit pun kerana Allah telah menjanjikan bagi setiap orang itu jumlah rezeki yang mereka akan dapat selagi hidup dan telah tertulis lama di luh mahfuz. Wajib kita percaya kerana usaha lah sekuat mana pun kalau bukan rezeki kita, kita tidak akan dapat.

Bagi kanak-kanak, musim tengkujuh bermakna cuti yang panjang dan boleh enjoy dan tidur puas2. Tapi ada juga yang nampak tak berapa gembira. Maklumlah terpaksa berpantang kerana anunya telah dipotong( berkhatan) oleh tok mudim/doktor. Anak sedara aku seramai empat orang pun mengalami nasib yang sama. Sabar je lah, kalau tidak sekarang, lain masa pun terpaksa melaluinya juga.

Bagi yang rumahnya biasa dinaiki air, sekali lagi terpaksa bersedia mengangkat barang dan berkemas. Tapi jgn lupa kerana kawasan yang tidak pernah dinaiki air pun sekarang ni boleh berlaku banjir. Semua kena beringat-ingat.

Bagi penggemar ikan darat, inilah masanya untuk menunjukkan kemahiran menangkap ikan samada di baruh. parit atau sungai yang dilimpahi air. Ada yang menahan taut, pukat, menetak atau menjala. Bagi yang suka belut, tukir la yang akan digunakan. Hari ni aku diberitahu harga ikan haruan dipasaran cukup tinggi. RM 12 sekilo. Maklumlah permintaan tinggi sebagai ubat penyembuh luka.

Ramai juga beranggapan musim banjir ni adalah musim untuk bersuka ria bermain air. Tapi ingatlah bahaya yang menunggu. Kerana setiap kali musim ini datang pasti ada yang menjadi korban. Berhati-hatilah terutama kanak-kanak yang suka mandi di parit dan sungai.

Hati-hati juga dijalan raya kerana jalan yang berlopak dan licin boleh mengundang bahaya sebagaimana kemalangan yang menimpa rakan sejawat pada tahun lepas di lebuh raya Gua Musang - Kuala Krai(enam sekeluarga maut) kalau tak silap. Musim cuti bermakna ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk balik kampung atau sebagainya.

Biarlah musim tengkujuh kali ini hanya meninggalkan kenangan yang manis sahaja, Insyaallah.

No comments: