Friday, November 28, 2008

Empat serangkai

Beginilah pemandangan semasa balik kampung minggu lepas. Empat hero yang dalam pantang kerana bersunat. Dengan kain tergantung dan pergerakan yang terhad. Tapi sempat lagi tu memberikan posing yang menarik. Makan minum pun kena pantang, yang boleh cuma nasi dan ikan kering panggang, sarapan pula dengan lempeng aje. Tapi ada juga menu menarik spt ikan haruan dan belut panggang. Sabar aje la....

Dari kiri: aiman, afnan, naim dan danial.

Wednesday, November 19, 2008

tengkujuh makin hampir

Hari ni, walaupun hujan tidak sepanjang hari namun sudah menunjukkan yang musim tengkujuh sudah tiba. Hujan yang berterusan hasil dari monsun timur laut ni membawa pelbagai pengertian kepada sesiapa sahaja. Bagi penoreh, mungkin ia akan menyempitkan rezeki mereka. Sebenarnya tidak sempit pun kerana Allah telah menjanjikan bagi setiap orang itu jumlah rezeki yang mereka akan dapat selagi hidup dan telah tertulis lama di luh mahfuz. Wajib kita percaya kerana usaha lah sekuat mana pun kalau bukan rezeki kita, kita tidak akan dapat.

Bagi kanak-kanak, musim tengkujuh bermakna cuti yang panjang dan boleh enjoy dan tidur puas2. Tapi ada juga yang nampak tak berapa gembira. Maklumlah terpaksa berpantang kerana anunya telah dipotong( berkhatan) oleh tok mudim/doktor. Anak sedara aku seramai empat orang pun mengalami nasib yang sama. Sabar je lah, kalau tidak sekarang, lain masa pun terpaksa melaluinya juga.

Bagi yang rumahnya biasa dinaiki air, sekali lagi terpaksa bersedia mengangkat barang dan berkemas. Tapi jgn lupa kerana kawasan yang tidak pernah dinaiki air pun sekarang ni boleh berlaku banjir. Semua kena beringat-ingat.

Bagi penggemar ikan darat, inilah masanya untuk menunjukkan kemahiran menangkap ikan samada di baruh. parit atau sungai yang dilimpahi air. Ada yang menahan taut, pukat, menetak atau menjala. Bagi yang suka belut, tukir la yang akan digunakan. Hari ni aku diberitahu harga ikan haruan dipasaran cukup tinggi. RM 12 sekilo. Maklumlah permintaan tinggi sebagai ubat penyembuh luka.

Ramai juga beranggapan musim banjir ni adalah musim untuk bersuka ria bermain air. Tapi ingatlah bahaya yang menunggu. Kerana setiap kali musim ini datang pasti ada yang menjadi korban. Berhati-hatilah terutama kanak-kanak yang suka mandi di parit dan sungai.

Hati-hati juga dijalan raya kerana jalan yang berlopak dan licin boleh mengundang bahaya sebagaimana kemalangan yang menimpa rakan sejawat pada tahun lepas di lebuh raya Gua Musang - Kuala Krai(enam sekeluarga maut) kalau tak silap. Musim cuti bermakna ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk balik kampung atau sebagainya.

Biarlah musim tengkujuh kali ini hanya meninggalkan kenangan yang manis sahaja, Insyaallah.

Tuesday, November 18, 2008

Pemancing...

Tewasnya ikan duke' d tangan anak sedara (iwe).
Team : Pok daro ngan anak daro
Hasil malam tu : hanya seekor.
Lokasi : Penkalan pasir,kok majid
Pemancing : enam orang.
Pengangkutan : dua buah kereta.
Bekalan : Air oren kelate sedozen dan kacang.
On the way balik : Makan maggi kat kedai.
Rumusan : Langsung tak berbaloi
Motivasi : Jgn frust, Itu pun rezeki dari Allah.
lain kali mungkin ada lebih ikan, Insyaallah.

Jelingan ayah

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika akumembuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itusemula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Zaman berkembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,“Apakah yang merunsingkan awak?”Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Don't Worry

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang dudukbersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orangAmerican dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orangBangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negarasendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duitdollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnyarokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah siorang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tumenjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni puntiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yangtermahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus diamembuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata americantadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country". Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah..., "DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Salah tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yangbegitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanyaminuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hariitu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupandan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.."Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing inikedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan sayamasukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akanmasukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineralitu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arakmenggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya."Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgutunjukkan sebentar tadi??"Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Sunday, November 16, 2008

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA...

Cuti adalah masa untuk menyegarkan balik minda dan merancang untuk tahun yang akan datang (2009). Teruskan kecemerlangan untuk semua warga pendidik teristimewa di SMK La Salle, Brickfield, SMK Ulu Sugut (Ranau), SMK Bundu Tuhan (Ranau) dan SMK Pahi (Kuala Krai)...

Thursday, November 13, 2008

Kenali ikan anda

Ikan Belitong

Ikan Aya Hitam



Aruan Tasik



Ikan Alu-Alu




Ikan Aji-Aji




Saturday, November 8, 2008

Jangan pandang belakang!!!!!!!!!

Gunalah cermin pandang belakang.

Saga SE

Kalau kena cara, saga biasa pun boleh jadi lebih mengancam.

Manchester united VS Chelsea @ Liverpool

Peminat fanatik M.U sedang menangkis serangan hebat dari talam dan syed.

Kambing pawah

Baru jer aku nak berjinak2 dgn projek kambing pawah,
tak sampai seminggu kambing aku mati. alahai...

Tersalah rendam...

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.Pemuda : Tok,saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.Pemuda : Bagaimana caranya tok ?Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.Bomoh : Kenapa cepat sangat..?Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?Pemuda : Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh.Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok...

Abang aku selalu buat

Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya... setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah. Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi. Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!" Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat". Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah. Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat" selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......". Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau" nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."

Kenapa Chewing Gum Kena Banned Kat Singapore

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaiksaja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

papa dan mama

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:"Nenek, mana Papa dan Mama?""Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:"Dimana Papa dan Mama?""Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:"Di mana Papa dan Mama?""Masih di dalam bilik" jawab nenek.Anak itu tertawa geli."Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.Si anak menjawab,"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

Sahabat lama

Kenangan di Sabah ( Ise', Mat Yie, aku dan Alwi)

sekitar aktiviti memancing...

Bukan sekadar gambar hiasan,
anak saudaraku Aiman dengan ikan tersebut.

Lebihan umpan yang digunakan pada waktu malam di Pengkalan pasir Kok Majid telah digunakan di sungai depan rumah abe ajid, hasilnya seekor ikan Duke' sekilo lebih telah berjaya ditangkap oleh Abe har.



Lokasi memancing di Tok Bali



Tangkapan pertama
Misi di Pengkalan Pasir, Kok Majid telah menghasilkan tangkapan yang agak memuaskan. Tiga ekor ikan Duke' tewas. Seekor ditarik naik begitu sahaja, manakala dua ekor lagi melalui pertarungan yang agak sengit.



Tangkapan kedua



Tangkapan ketiga




Ikan yang berjaya dijinakkan oleh kawanku, Soffan. Walau kecik, tapi merupakan spesies yang sukar untuk ditumpaskan. Ini kerana ada dua lagi pemancing yang tumpas hari tu, aku dan seorang kaki pancing dari Ketereh(Lokasi : Tok Bali)






Sunday, November 2, 2008

Datang bulan

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."

Cerita ayam yang macho

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tuamenjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,Si ayam jalak muda:SetSi ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.Kenapa?????[jawapan ada di bawah]



Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

Dialog dua hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,"Apsal kau ni asyik menggigil je?""Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi."Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah."Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B."Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu."Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..""Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.""So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat."Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

peribahasa yang perlu dikongsi

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lainMaknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucukMaknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa pianoMaknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.Maknanya: maknernyer . . .maknernyer................maknernya.................Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC......Pergi lah buat kerja!!!!!

keputusan seorang ayah

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."