
Telah sekian lama aktiviti memancing terabai dek kerana kesibukan dan terpisah dengan geng yang sama aliran, namun ia muncul kembali kebelakangan ini dan mungkin sehari dua lagi akan wujud satu team baru yang bakal menggegarkan ketenangan air parit, kolam, tasik, sungai dan mungkin juga lautan luas.
Sehari dua ni ada beberapa trip memancing telah dibuat dan hasilnya memang ada walau tidak semewah tokey bot laut dalam. Satu yang ingin dikongsi dengan semua pemancing ialah pastikan niat kita betul iaitu keluar memancing dengan niat sekiranya ada rezeki dapatlah dirasai oleh anak dan isteri, kalau tiada pun tidak mengapa kerana sesungguhnya rezeki kita semuanya dari Allah. Barulah aktiviti kita mendapat pahala yang sewajarnya.
Paling penting jangan lupa solat walau di mana kita berada...
No comments:
Post a Comment