Wednesday, October 29, 2008

Panggilan Ilahi


Berhenti sejenak...

Dalam hidup ini sesekali kita mesti berhenti sejenak untuk menilai kembali perjalanan yang telah kita tempuhi dan kemana kita akan berakhir. Adakah apa yang kita telah tinggalkan dibelakang boleh memberi manafaat yang banyak kepada kita dan apakah apa yang kita ingin kerjakan pada masa akan datang boleh menjadi peneman kita di alam yang satu lagi. Mati itu pasti, hidup itu insyaallah. Ada orang bekerja keras untuk kesenangan dunia semata-mata hingga mengabaikan akhirat. Ada juga orang yang melupakan kesenangan dunia yang tidak kekal semata-mata mencari keredhaan Allah dan mengharapkan kesenangan selepas mati. Sudah semestinya kita membuat pilihan kembali agar kita tidak menjadi manusia yang berakhir dengan kekesalan. Insyaallah.

Tuesday, October 28, 2008

Keindahan yang tiada bandingan...Allah maha besar.


Alangkah damainya....


realiti atau hanya sekadar rekaan.


Kerap kali kita dipaparkan dengan pelbagai keanehan yang wujud dan dikaitkan dengan UFO. Tapi sampai kehari ini ia tetap tinggal sebagai sesuatu yang misteri. Kemungkinan tetap ada kerana tidak hanya kita yang mendiami alam ini....

Monday, October 27, 2008

Minat yang hampir berkubur bangkit kembali...


Telah sekian lama aktiviti memancing terabai dek kerana kesibukan dan terpisah dengan geng yang sama aliran, namun ia muncul kembali kebelakangan ini dan mungkin sehari dua lagi akan wujud satu team baru yang bakal menggegarkan ketenangan air parit, kolam, tasik, sungai dan mungkin juga lautan luas.
Sehari dua ni ada beberapa trip memancing telah dibuat dan hasilnya memang ada walau tidak semewah tokey bot laut dalam. Satu yang ingin dikongsi dengan semua pemancing ialah pastikan niat kita betul iaitu keluar memancing dengan niat sekiranya ada rezeki dapatlah dirasai oleh anak dan isteri, kalau tiada pun tidak mengapa kerana sesungguhnya rezeki kita semuanya dari Allah. Barulah aktiviti kita mendapat pahala yang sewajarnya.
Paling penting jangan lupa solat walau di mana kita berada...

Monday, October 20, 2008

Al-Quran sebagai pembela di akhirat

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Anjing-anjing neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. · Bacalah Al-Qur'an · tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. · Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. · Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. · Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. · Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. · Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. · Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

kisah lima perkara aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
HARGAILAH ALAM ANUGERAH TUHAN (SEKITAR JALAN KL LAMA)

perantau yang pulang...

Kawan-kawan lama yang dulu pernah menabur bakti di negeri di bawah bayu (Sabah)

Sunday, October 19, 2008

masih impian


sesekali teringat SMKBTR, Sabah.


wah! seksinya.


Impak maksima


Rupa-rupanya komik yang diminati zaman belajar dulu masih berterusan hingga kini. Terbaru, komik ni boleh didownload di internet. Hebat!

Wednesday, October 15, 2008

jgn jadi mcm ini...

Rina : "Moyangku berperang melawan Jepun. Datukku berperang melawan Portugis. Dan ayahku berperang melawan Bugis" Azrul : "Nampaknya keluargamu tidak boleh bertolak ansur dengan orang

deco bersama linda.

Linda sedang menampal kertas dinding (wallpaper) bergambar bunga-bunga di dinding biliknya. Setelah selesai dia memanggil ibunya untuk memberi komen mengenai hasil kerjanya itu. Ibu : "Kertas dinding yang kau pasang ini cantik sekali, tapi mengapa di bahagian sana gambarnya agak menonjol seperti tidak rata.." Linda : "Oh... baru saya ingat.. saya lupa menanggalkan jam dinding tadi!!"

terpakai...

Rado kesayangan sahabatku yang ingin dilepaskan. Siapa yang berani untuk membida, silakan!

Berhati-hati sekiranya anda berniat untuk membeli laptop kerana beberapa orang dah terkena, bateri laptop bertahan sekejap sahaja. cek dulu sblm beli.


sememangnya manusia tidak puas dengan hanya satu...


motorola v3i dalam kenangan


Tuesday, October 14, 2008

Jauhi cara hidup yang tidak sihat, jgn ingat seronok aje.


anak siapakah itu?

Seorang Ibu di kampung menceritakan kepada temannya tentang anaknya dengan penuh rasa bangga... "Anak gadis saya yang masih menuntut itu tinggal di Kondo di KL.. !" "Ia makan malam di restoran yang berbeza setiap hari, ada baju bagus2 dan banyak kekasih". Rakannya membalas.."Saya faham perasaan engkau.. Anak gadis saya juga seorang pelacur seperti itu... Tabahlah..."

doktor

Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor berkenaan penyakitnya.. Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang2. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya. Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri & berkata.. "Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!" Dengan kehairan pemuda melakukannya dan bertanya.. "Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang2, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?" "Supaya," jawab si doktor.. "Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan2mu yang bertubi-tubi seperti tadi!"

impian yang tidak kesampaian..


pandir dan hanphone...

Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin."Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya.Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula."Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik"."Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"

jejaka sempurna

Jejaka Sempurna Di salon kecantikan, seorang gadis berkongsi pandangannya tentang jejaka idamannya bersama teman-temannya."Jejaka yang ku kawini itu mestilah bersinar apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Dia mesti pandai bermain muzik dan pandai menyanyi. Dia pandai berjenaka dan disukai ramai. Yang penting, dia mesti selalu berada dirumah!"Seorang nenek kedengaran perbualan tersebuat dan berkata, "Aduh, senang saja. Beli TV habis cerita!"

pengguna yang bijak...

Buah Mangga Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"Peniaga : "RM7!"Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"Peniaga : "#$%@%&%????...

beringat-ingat!!!

Aku dan Polis Kisah ini terjadi pada tahun 1990 semasa aku dan seorang rakan hendak mencari kedai spare-part motor. Aku yang pada masa itu memiliki lesen 'L' dengan penuh bangga lagi confident membawa motor kapcai ayahku untuk mencari kedai spare-part motor tanpa perancangan ke arah mana kami harus cari kedai tersebut . Di pertengahan jalan , aku dengan selambanya memotong laju sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang anggota polis siap bersenjata . Sebaik sahaja aku memotong terdengar suara menjerit 'hoi' . Aku dengan macho buat-buat tak dengar . Malangnya kawan yang membonceng telah menoleh kearah polis tersebut lalu memberitahu dengan menepuk-nepuk bahu ku bahwa polis tu suruh kami berhenti . Aiseyyy .... aku dengan berat hati dan gabra giler ... berhenti di depan stesen minyak . Otak pun mula berputar-putar mencari alasan ....Polis : Laju bawak motor ?Aku : Maaf Bang ... ehh encik ... err...errr..err.. saya nak cepat nie ... ada hal sikit..Polis : Awak tak dengar ke saya panggil tadi ?Aku : Errr..errr... dengar .. ehh .. tak berapa dengar ..Polis : Ni... nak pergi mana ni ??Aku : Sanun !Kawan : Sinun !( Entah macamana kawan aku ... ikut JAWAB sekali soalan tu . Serentak kami jawab sambil menunjukkan arah jalan YANG BERLAINAN menggunakan isyarat tangan ! Kami berpandangan .... aiseyyyy .... kantoi ...kantoi ...kantoi .. aku berkata dalam hati.Polis : (sambil senyum) korang sebenarnya nak kemana nie ?Aku : (tersengih-sengih) ehh .. bang... encik.. err..errr.. kitaorang sebenarnya nak cari kedai spare-part motor.. tapi tak tahu nak gi mana lagi ...Polis : Hemmm ...hemmm ... tengok ROAD-TAX ngan LESEN !Alamak ... part nie leerrrr yang paling aku GABRA sekali ... adusssss ... kantoi aku kali nie. Dengan lesu aku bukak sit motor sambil otak terus mencari idea dengan mata memandang ke stesyen minyak(berfikir lerr tuu ..) ! Setelah agak lama ... tiba-tiba kawan aku menegur ..Kawan : Kau cari apa ??Aku : Road-tax ... jawab ku ringkas .Kawan : (sambil tergelak) Mana ada road-tax kat situ ?Aku : (terperanjat dari lamunan) Ehhh .... !!Laaa ..... tanpa aku sedari aku sedang membuka PENUTUP TANGKI PETROL untuk mencari road-tax ! Polis yang memerhati mula tergelak-gelak .Aku : (cover malu & buat2 lupa) Kat mana yea road-tax motor nie ??Kawan : Bawah plastik beras tu kot .... apa daaa ... bawak plastik beras !!Aku : (Ciss ... tak guna punya kawan kutuk aku ~ dalam hati) Ha ... ada pun .. nie dia .Polis : (sambil menahan ketawa) hemmmm .... ada punn .. LESEN ?Aku : Errr...errr...errr... ada ...nie dia .Polis : Nie LESEN 'L' nie .. mana boleh naik ...Aku : Errr...errr..eerrr .. saya tahu bang .. tak boleh naik berdua ... tapi ... hari dah hampir gelap ... kawan saya nie RABUN .. so ... saya terpaksa bawak motor nie. Kawan saya LESEN penuh bang ..(spontan aku jawab sambil kenakan kawan aku balik ..heeheehee)Polis : Tengok lesen awak ..Kawan : Ada...ada...ada.... nah encik ( sambil menunjukkan lesen luar negara )Polis : Nie bukan lesen Malaysia nie ?Kawan : Errr...errr... tu international lesen tu... mana-mana negara boleh pakai .Polis : (sambil memusing-musing lesen tunggang terbalik) mana dia punya KELAS ?? Takde pun tulis B ??Kawan : (Dengan bangga dan confident) Ohhh ... lesen nie saya amik kat US ... lesen niee boleh bawak semua kenderaan.Polis : (sambil garu-garu kepala tak paham ) Oh yea kerr ... Hemmm.. okey lah saya lepaskan awak berdua ... tapi awak kena tukar lesen tu yea kepada lesen Malaysia . (sambil gelak-gelak)..saya berdua sebenarnya dari bahagian mencegah jenayah. Kami sedang buat rondaan biasa jerr.Aku dan kawan : ohhh .... Mekasih bebanyak encik.Bila polis tu belah jerrr... kitaorang berdua bantai gelak lebih2 lagi mengenangkan gelagat aku yang gabra tu. Kami CANCEL pergi kedai spare-part .. balik rumah .. sebab udah masuk maghrib ... mandi dan SOLAT dulu lerrr .

Sunday, October 12, 2008

ada ikatan

Sesekali bila bersua...
Pantai seri tujuh

hanya dalam fantasi...